Tuesday, 1 May 2018

Update

     Hi stalker . Dah lama aku tak update blog aku ni ye . Dah berhabuk dah. Oh ye btw post tentang karangan sambutan sukan tahunan tu aku create hanya untuk folio sejarah pt3 aku hehe. Aku cari kat tenet punya lama tapi takde satu pun yang sesuai tentang folio aku ni. Last2 aku pun create je la satu blog sebab diorang nak sumber intenet ¯\_(ツ)_/¯ (punya susah aku buat pastu dapat B je pala banana tul)
 
     Blog ni aku create sebb tujuan utama nye untuk share travel ke mane2 tapi aku ni still student so aku rasa skrg maybe tak payah...... k tu je update yg aku nak citer. Peace out

Saturday, 20 May 2017

Contoh Karangan Sambutan Sukan Tahunan

1- Anda dikehendaki menulis karangan tentang faktor-faktor berlakunya sambutan hari sukan yang dianjurkan. Panjang karangan anda tidak boleh kurang daripada 150 patah perkataan.


    Pada bulan Mei yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Azlan Shah telah mengadakan sambutan Sukan Tahunan seperti yang telah diadakan pada setiap tahun. Guru-guru dan juga murid adalah terlibat dalam melaksanakan sambutan ini.

    Faktor-faktor yang menyumbang kepada anjuran sambutan Sukan Tahunan adalah untuk meningkatkan peratus pelajar yang aktif dalam sukan. Hal ini demikian adalah untuk menggalakkan murid lebih aktif dan berminat dalam aktiviti sukan. Ini dapat melahirkan murid yang berbakat dalam sukan dan berpeluang dapat membawa nama sekolah kepada peringkat seterusnya. Sekolah juga dapat melahirkan murid yang berkeyakinan diri dan juga sihat dari segi mental dan fizikal

  Selain itu, murid-murid juga dapat mengeratkan ikatan silaturrahim diantara pelajar mahupun guru-guru. Murid-murid dapat berkenalan dengan rakan baharu yang mempunyai minat dan hobi yang sama. Guru-guru juga dapat mengetahui lebih dalam kebolehan murid-murid dan membantu murid lebih berkecimpung dalam bidang sukan terutamanya murid yang lemah dalam akademik.

   Di samping itu, kerajaan dapat menurunkan kadar pesakit obesiti dengan mengadakan kempen dan juga ceramah tentang bahaya obesiti kepada masyarakat. Ini dapat meningkat kesedaran masyarakat dan dapat membimbing generasi baharu untuk lebih melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Jadi kerajaan hendaklah menarik minat masyarakat dengan bersukan agar bukan sahaja dapat menurunkan kadar obesiti malah dapat menjamin kesihatan negara pada masa akan datang.

   Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan sambutan hari sukan dianjurkan dan juga semua ini adalah usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Kita sebagai pelajar harus bersyukur dengan segala usaha yang dilakukan dan berusaha melibatkan diri dalam sukan.

Friday, 15 January 2016

Simple Intro

 Introduction


        Nama aku Ahmad Mazelan. Tujuan sebenar aku tulis blog ni sekadar nak share info pengalaman ketika aku melancong atau kemana-mana(termasuklah tandas). Aku nak share semua benda yang berkaitan untuk dijadikan rujukan atau bahan bacaan kepada korang semua.Dekat bawah ni ada sedikit info pasal diri aku.

Nama : Katak Goreng

Umur : Biarlah rahsia dulu. :D

Tarikh lahir : 27 Pluto 2090

Zodiak : Ketam

 Dah tu je info pasal diri aku. Nak tahu lagi ? Tanya direct face to face. Aku tak suka dedahkan banyak info pasal diri aku dekat public. Gambar aku ? Tak payahlah. Tak penting.Sambil-sambil tu aku update apa-apa yang patut or info yang bermanfaat and pendapat aku dalam beberapa perkara. Ok, tunggu post selanjutnya. Ike Ike ! :)