Saturday, 20 May 2017

Contoh Karangan Sambutan Sukan Tahunan

1- Anda dikehendaki menulis karangan tentang faktor-faktor berlakunya sambutan hari sukan yang dianjurkan. Panjang karangan anda tidak boleh kurang daripada 150 patah perkataan.


    Pada bulan Mei yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Azlan Shah telah mengadakan sambutan Sukan Tahunan seperti yang telah diadakan pada setiap tahun. Guru-guru dan juga murid adalah terlibat dalam melaksanakan sambutan ini.

    Faktor-faktor yang menyumbang kepada anjuran sambutan Sukan Tahunan adalah untuk meningkatkan peratus pelajar yang aktif dalam sukan. Hal ini demikian adalah untuk menggalakkan murid lebih aktif dan berminat dalam aktiviti sukan. Ini dapat melahirkan murid yang berbakat dalam sukan dan berpeluang dapat membawa nama sekolah kepada peringkat seterusnya. Sekolah juga dapat melahirkan murid yang berkeyakinan diri dan juga sihat dari segi mental dan fizikal

  Selain itu, murid-murid juga dapat mengeratkan ikatan silaturrahim diantara pelajar mahupun guru-guru. Murid-murid dapat berkenalan dengan rakan baharu yang mempunyai minat dan hobi yang sama. Guru-guru juga dapat mengetahui lebih dalam kebolehan murid-murid dan membantu murid lebih berkecimpung dalam bidang sukan terutamanya murid yang lemah dalam akademik.

   Di samping itu, kerajaan dapat menurunkan kadar pesakit obesiti dengan mengadakan kempen dan juga ceramah tentang bahaya obesiti kepada masyarakat. Ini dapat meningkat kesedaran masyarakat dan dapat membimbing generasi baharu untuk lebih melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Jadi kerajaan hendaklah menarik minat masyarakat dengan bersukan agar bukan sahaja dapat menurunkan kadar obesiti malah dapat menjamin kesihatan negara pada masa akan datang.

   Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan sambutan hari sukan dianjurkan dan juga semua ini adalah usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Kita sebagai pelajar harus bersyukur dengan segala usaha yang dilakukan dan berusaha melibatkan diri dalam sukan.